1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,terlajak kapal terbang xde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kawen lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium lak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun dan syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (amik plan Takaful, mati bsok isteri boleh bayarkan hutang guna duit pampasan tu.)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pong habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tuh.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi pe)
11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
12. Biar korek hidung jangan korek tabung (jangan amalkan bulan Ramadahan camni).
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang jelah....
21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada rewang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
pepatah patah....
Post a Comment